Monday, August 22, 2011

MASALAH OH MASALAH


Kalau kita mampu mengurus & mengawal gejala kesan tidak selesa terhadap elemen Fikiran, InsyaALLAH maka masalah pada elemen Perasaan dan Jasad akan lebih mudahlah lagi utk.diuruskan.

Definasi Masalah di antaranya;

Masalah – suatu suasana, perbuatan manusia dan kejadian yang mengakibatkan kesan tidak selesa kepada 3 elemen utama kejadian manusia iaitu fikiran, perasaan dan jasad.

Contoh suasana, perbuatan manusia dan kejadian – iklim, cuaca, kesilapan manusia, kesalahan manusia, wabak penyakit, bencana alam dsbgnya.

Contoh kesan tidak selesa kepada :

Fikiran 

Lupa, lalai, bingung, keliru, kusut dsbgnya.

Perasaan

Benci, sakit hati, bimbang, sedih, marah, kecewa, bosan, takut, risau, malu dsbgnya.

Jasad

Sakit, pedih, penat, ngantuk,l apar, dahaga dsbgnya.

* PERUBAHAN – boleh juga menyebabkan kesan tidak selesa.

*** Ingat !!! masalah ialah kesan tidak selesa.


No comments:

Post a Comment