Menurut Encik Tamjis bin H. A. Rakim, Pengetua bagi rumah kebajikan ini, rumah ini telah menaungi seramai 60 orang yang mempunyai pelbagai latar belakang dan yang paling jauh ialah seorang lelaki dari Kota Bharu, Kelantan. Kebanyakan mereka yang menghuni di rumah ini adalah pesakit mental. Ia dihuni oleh bayi perempuan berusia setahun hinggalah ke tahap umur warga emas.
Encik Tamjis, Pengetua RTAR
Rumah kebajikan ini mempunyai 10 orang pembantu yang mengendalikan pelbagai tugasan untuk memastikan keselesaan penghuninya. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh Encik Tamjis dan isterinya Puan Rohana serta pekerja-pekerjanya amat dikagumi kerana bukan senang menguruskan 60 orang penghuni yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.
Puan Rohana Saidin
Menurut Encik Tamjis lagi, kebanyakan penghuni rumah ini, telah dihantar oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama, angggota keluarga serta hospital. Menurutnya lagi, setiap dua minggu sekali, seorang doktor pakar psikiatrik dari Hospital Teluk Intan akan datang memberikan rawatan pemulihan kepada penghuni rumah ni.
Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR) memerlukan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti wang, pakaian terpakai, barangan keperluan dapur dan sebagainya. Sebarang sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke CIMB Bank no. akaun 08021252940051 atau terus datang ke alamat No. 53B, Kampung Selabak Luar, Batu 3, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.
Puan Rohana 013-4550013 / 05-6237530
No comments:
Post a Comment