KEPADA SEMUA AHLI KKAUSM KAMPUS KEJURUTERAAN USM
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 17
30 SEPTEMBER 2010
DI BANGUNAN L17, DPB USM
JAM 9.00 PAGI
PERASMIAN OLEH: TUAN HAJI AZMAN ABDULLAH (PENDAFTAR USM)
UCAP UTAMA OLEH: TUAN HAJI OMAR OSMAN (PRESIDEN CUEPACS)
Semua ahli KKAUSM di jemput hadir beramai-ramai.
Tuesday, September 28, 2010
Friday, September 24, 2010
Wednesday, September 22, 2010
15) THE ART OF WAR
Seperti yang disebut oleh Sun Tzu (THE ART OF WAR) dari China.
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.
If you know yourself but know not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat.
If you know not the enemy or yourself, you will succumb in every battle.”
Tuesday, September 21, 2010
14) TOK... TOK...
SEMUA AHLI KKAUSM
JANGAN LUPA !!!
JOM KITA MENGUNDI [ 27 & 28/09/2010 ] SERTA HADIR KE MESYUARAT AGUNG DUA TAHUNAN KKAUSM KE 17 [ 30/09/2010 ]
13) Melakukan Percambahan Minda (Brainstorming)
by Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Tidak ada masalah tanpa penyelesaian.
Lagi cepat anda selesaikan sesuatu masalah lagi produktiflah diri anda. Ada ketikanya sesuatu masalah itu terlalu... mencabar fikiran dan menggugat perasaan. Ada ketikanya pula fikiran anda buntu mencari penyelesaian. Walau apa pun hasil yang anda perolehi dari proses percambahan minda, ia tetap sesuatu yang berfaedah. Meskipun ide yang dilaksanakan itu gagal, anda sekurang-kurangnya memperolehi pengalaman baru.
Anda tahu apa yang tidak sepatutnya dilakukan. Thomas Alva Edison sendiri mencipta lampu setelah mencuba lebih 12,000 kali. Beliau tidak pernah menganggap dirinya gagal, tetapi beliau mengatakan yang beliau mempelajari 12,000 jalan yang tidak boleh menyalakan lampu sebelum menemui satu jalan yang membuahkan hasil.
Anda perlu bijak membuat keputusan agar kegagalan tidak membabitkan harga yang terlalu tinggi. Anda juga perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan melakukan perubahan. Pastikan keberanian anda berdasarkan risiko yang telah diambil kira atau "calculated risk".
Sekiranya proses percambahan minda dijalankan dengan baik, ia akan membantu anda dengan pelbagai ide baru. Ia juga akan membantu anda membuat satu keputusan yang bijak dalam menangani sesuatu masalah. Meskipun percambahan minda boleh dilakukan seorang diri, namun ia akan lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam satu kumpulan, dan dalam persekitaran yang tenang.
Langkah Percambahan Minda
Kenalpasti masalah. Masalah tidak semestinya negatif. Ada ketikanya masalah anda ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti syarikat anda. Ada ketikanya pula masalah anda ialah bagaimana untuk mencipta sesuatu yang baru, atau memperbaiki sesuatu yang sedia ada. Tuliskan masalah yang mahu diatasi itu dengan jelas, difahami, dan dipersetujui oleh semua individu.
Sediakan soalan-soalan. Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan dari setiap individu tetapi dorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak soalan-soalan. Jangan menilai kualiti soalan tersebut dan tidak mengkritik mereka yang mengeluarkan soalan. Setkan satu peraturan misalnya, 'SEMUA IDE ADALAH BETUL' pada peringkat awal proses percambahan minda ini. Lagi banyak soalan yang boleh diwujudkan maka lebih banyak juga ide yang akan dikeluarkan kelak. Gunakan tujuh perkataan asas untuk membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa? Dimana? Bagaimana?
Tetapkan had masa. Proses mendapat soalan ini mungkin akan berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa untuk tujuan tersebut. Misalnya 20 - 25 minit. Ada ketikanya mengambil rehat yang pendek 10-15 minit selepas semua soalan dilontarkan membolehkan setiap individu menjadi lebih produktif. Sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada otak kanan mencernakan setiap soalan dan mengilhamkan sesuatu penyelesaian yang bernas.
Dapatkan ide-ide. Tanyakan setiap individu ide yang mereka ada untuk masalah yang sedang dibincangkan. Mereka boleh, sama ada mahu atau tidak, berpandukan kepada soalan-soalan yang telah ada bagi mencari ide. Setiap ide mestilah diterima tanpa dinilai. Tidak wujud sama ada betul atau salah. Tanyakan setiap individu hanya satu ide sahaja dalam setiap pusingan. Kalau seseorang tidak punya ide, terus tanyakan orang lain. Jangan tunggu mereka yang masih buntu, jangan buang masa. Tinggalkan mereka yang masih tidak punya ide untuk membolehkan mereka terus berfikir. Kembali semula kepada mereka kemudiannya. Tidak kira walau bagaimana dungu sekalipun ide yang diberi, ia mesti dicatatkan. Ada ketikanya ide yang bernas keluar hanya setelah anda mengeluarkan ide yang bukan-bukan. Manusia akan berhenti mengeluarkan ide sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau apabila ide mereka tidak dihargai.
Pastikan semua individu faham bahawa melakukan kesilapan itu bukan bererti lemah. Mengeluarkan ide yang tidak munasabah itu bukan beerti bodoh.
Tetapkan masa. Proses mencari ide ini juga perlu dihadkan masanya. Misalnya 30 minit. Penetapan had masa bergantung kepada sejauh mana pentingnya sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Anda mungkin perlukan masa yang lebih lama sekiranya masalah yang timbul adalah sesuatu yang kritikal dan anda tidak mahu menanggung risiko yang tinggi.
Pemilihan. Anda perlu memilih setiap ide yang telah diberikan. Bahagikan setiap ide kepada tiga kumpulan iaitu ide yang bernas, ide yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas sangat dan ide yang tidak memenuhi kriteria. Kriteria yang digunakan mungkin berdasarkan soalan seperti, "Adakah ia kos efektif?", "Adakah ia memenuhi undang-undang dan permit?", Adakah ia boleh disiapkan sebelum tarikh 30 Oktober 1999?". Rekodkan semua ide ini dalam ketiga-tiga kategori tersebut.
Penilaian. Berikan setiap ide yang bernas itu markah 0 - 5. 5 adalah merupakan ide yang mendapat markah yang terbaik bergantung kepada kesesuaiannya memenuhi setiap kriteria yang diperlukan. Kumpulkan markah yang diberikan oleh setiap individu. Tambahkan kesemua markah-markah ini. Mana-mana ide yang mendapat markah yang tinggi maka itulah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi. Namun begitu, ada ketikanya ide yang bernas ini tidak mampu memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu anda perlu fleksibel dalam perancangan dan tindakan. Anda boleh cuba ide-ide yang lain yang terdapat dala sdenarai ide bernas, atau ide yang boleh diterima. Ingat! tiada kegagalan dalam tindakan. Yang ada hanyalah HASIL. Sekiranya hasil yang diperolehi tidak menepati matlamat maka lakukanlah perubahan dalam perancangan dan tindakan anda.
SELAMAT MENCUBA
12) KONFLIK
1. PENGENALAN KEPADA KONFLIK, AMARAH, STRES DAN KRISIS
2. PENGURUSAN KONFLIK DITEMPAT KERJA
Monday, September 20, 2010
11) MASALAH
PROSES PENYELESAIAN MASALAH
http://www.usm.my/mentor/download/PROSES%20PENYELESAIAN%20MASALAH%20latihan%20mentor.pdf
http://www.usm.my/mentor/download/PROSES%20PENYELESAIAN%20MASALAH%20latihan%20mentor.pdf
Hadith: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik HAWA NAFSU sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”
(Al-Bukhari)
5) USAH GELISAH
NILAI DAN ETIKA MENOLONG
http://www.usm.my/mentor/download/PROGRAM_MENTOR-MENTEE-_ETIKA_DAN_NILAI_MENOLONG_(Nik_Rosila_Nik_Yaacob).pdf
PERANAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN MENOLONG
Friday, September 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)