Sunday, July 15, 2012

Projek bekalan air bersih untuk Orang Asli Kg. Langkor, Sg. Siput, Perak



Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia telah menjalankan projek bekalan air bersih ke Perkampungan Orang Asli Kg. Langkor, Pos Kenang, Sg. Siput (U), Perak. Ia merupakan projek libatsama Universiti-Komuniti dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Perak (PKP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak (JAKOA). Projek ini telah bermula dari 11 Jun hingga 5 Julai 2012 dengan pembinaan Empangan Air di Ulu Sungai, Sistem Penapisan Air dan penyambungan paip air ke perkampungan Orang Asli secara bergotong royong.



Staf akademik dan teknikal PPKA telah bergabung tenaga mewakili USM untuk menyiapkan projek ini dan dibantu staf Pejabat Kesihatan Perak dan orang kampung. Kerja-kerja pembinaan berjalan lancar walaupun pada minggu terakhir cuaca sentiasa hujan. Antara cabaran terbesar ialah untuk mengangkut material ke tapak bina yang lebih kurang 3 kilometer dari Kampung Orang Asli.


Pihak USM menggunakan 2 kenderaan pacuan 4 roda iaitu Toyota Hilux dan Land rover defender 110. Manakala Kementerian Kesihatan menggunakan 3 kenderaan pacuan 4 roda mereka. Kenderaan-kenderaan ini amat perlu memandangkan jalan sediada tidak boleh dilalui kenderaan biasa. Kenderaan ini berulang alik untuk mengangkut material terutama pasir, batu aggegat, simen, besi, kayu, orang kampung, alatan serta bekalan makanan.

Terima kasih juga kepada pihak JAKOA kerana memberi izin staf tidur di Kompleks mereka di Sungai Sput.